Kamis, 06 Maret 2008

Mukaddimah Pengerusi Penaja

Bergambar bersama Cikgu Fauzi & Cikgu Roslan
semasa sesi perbincangan penubuhan Alumni SMTB (ASTEB)

Assalamualaykum wbt..


Dengan sukacitanya saya mengajak semua lepasan graduasi SMT Bachok, Guru-guru dan staf yang pernah belajar dan berkhidmat di SM Teknik Bachok untuk kita sama-sama memeriahkan Forum Group ASTEB bagi menjalinkan hubungan silatulrahim yang selama ini terjalin.

Saya dengan amanah yang telah diberikan sebelum ini(Sejak 7 tahun yang lalu) untuk menggerakkan badan alumni rasmi yang mana hasrat asalnya untuk menggabungkan keseluruhan generasi yang belajar di SM Teknik Bachok Sejak di awal penubuhan Sekolah ini sehingga kini.

Oleh itu , pihak admin berhasrat untuk memurnikan laman forum ini dengan menerima jemputan dari semua ahli dengan memohon keizinan dari admin . Dan admin akan meluluskan permohonan ini setelah melihat biodata pemohon ini adalah benar-benar merupakan lepasan pelajar atau yang pernah berkhidmat di SM Teknik Bachok.

Berikut adalah alamat Forum Group ASTEB :
Alamat Friendster : www.friendster.com/asteb2u (add Frienster )
ASTEB Friendster Group : http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=1124016

Kami behasrat untuk menjadikan Alumni Siswazah SM Teknik Bachok (ASTEB) didaftarkan secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)sebelum menjelang 2010 dan akan mengadakan perhimpunan sulong kali pertama pada 2010 sebagaimana di rancangkan di awal tahun 2002 yang lalu.

Semoga Forum ini memberi manfaat kepada semua.

Sekian Terima Kasih.

MOHD FAIZUL AFZAN BIN MAMAT
Pengerusi Penaja
Alumni Siswazah SM Teknik Bachok
(ASTEB)

- Mantan Ketua Pelajar SMTB 2000-2001

emel GMAIL: faizulafzan83@gmail.com
Yahoo Messengger : faizulafzan_83@yahoo.com.my
Blog : http://faizulafzan.blogspot.com

Tidak ada komentar: